Tinjauan lembu berkeliaran di kawasan Lebuhraya LPT berhampiran Plaza Tol Kuantan
Petugas ANIH Berhad membaiki pagar keselamatan yang dirosakkan
Kakitangan ANIH Berhad memeriksa jaring penahan sisa serpihan
Keadaan pengaliran air dari cerun yang dinaik taraf dan diselenggara ANIH Berhad
Jaring penahan sisa serpihan setinggi lima meter dan panjang 30 meter mampu mengelak bongkah batu dan balak terjunam ke lebuh raya
Orang ramai mengambil wuduk menggunakan tangka air berikutan masalah air di R&R Gambang.
Kemudahan selesa dengan pelbagai kedai makan dan minuman yang disediakan kepada orang ramai di kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah Kuantan
Nik Fauzi Nik Hussein (kanan) bersama Naib Presiden Kemudahan, Kawalan dan Perhubungan, Ainul Hasri Shah Abu Hassan (tengah) dan Timbalan Ketua Penyelenggaraan dan Operasi, Wan Mohd. Bazli Wan Husin melihat tangki air ketika mengadakan lawatan kerja di kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah Kuantan berikutan masalah air di sini baru-baru ini.
Pengguna dinasihatkan agar menyediakan kad Touch and Go (TnG) yang mempunyai baki mencukupi berikutan sistem pembayaran secara elektronik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bagi mengelakkan kesesakan terutama pada waktu puncak sempena cuti sekolah.
Pekerja pembersihan syarikat Anih Berhad Tumijo Mat Riduan, 45, membersihkan sampah dan daun-daun kering di sekitar Plaza Tol Lanchang.
Pekerja kedai makan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Nainma Muhammad, 18 (kanan) membantu seorang pengunjung Orang Kelainan Upaya (OKU) Mohd Safuan Lamin, 27, melalui laluan khas yang disediakan di hentian berkenaan hari ini. Laluan mesra OKU di kawasan R&R di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) merupakan antara kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak ANIH Berhad bagi keselesaan semua golongan pengguna lebuh raya di bawah kendalian syarikat tersebut.
Dua petugas Unit Peronda Anih Berhad Shahrizad Mahmood (kanan) dan Mohd Riduan Zainal Abidin (tengah) membantu pengguna lebuh raya yang mengalami masalah tayar kereta pancit semasa melakukan rondaan di Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1) baru-baru ini.
Panorama indah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 ( LPT1) yang dirakam menerusi udara.
Pemandangan dari udara Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ke susur masuk dan keluar ke Tol Gambang yang merupakan antara pintu masuk utama pengangkutan darat ke bandar Kuantan untuk aktiviti perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan.
Petugas khas ANIH Berhad, memasang Jalur Gemilang gergasi yang berukuran 20×40 kaki dan seberat 20 kilogram. Setakat ini ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merangkumi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sudah memasang Jalur Gemilang di 6 lokasi utama di sepanjang jajaran lebuhrayanya.
Peniaga lori makanan memenuhi tempat persinggahan selepas tol Karak Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) menghala ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Pekerja syarikat kontraktor yang dilantik oleh ANIH Berhad melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan Terowong Genting Sempah yang terletak di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK). Lebuh raya dan terowong jalan raya pertama di negara ini, yang dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-kemudahan Awam ketika itu iaitu Datuk Abdul Ghani Gilong, disifatkan sebagai “gerbang” kepada perubahan landskap ekonomi tiga buah negeri di Pantai Timur.
Merdeka….Pekerja Lebuhraya Pantai Timur Satu, memasang ‘Jalur Gemilang’ gergasi berdekatan Plaza Tol Gambang sempena bulan kemerdekaan hari ini. Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan ke-59 pada 31 Ogos ini dan kempen mengibar ‘Jalur Gemilang’ dilancarkan bagi menunjukkan semangat patriotik kepada pejuang kemerdekaan negara.
Billboard digital terdapat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut disediakan bagi sebarang maklumat untuk dikongsi oleh pengguna LPT
Ruang pejalan kaki yang lebih selesa dan menarik untuk mereka yang ingin menggunakan tandas serta surau.
Kawasan rehat Temerloh yang sudah dinaik taraf di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memberi keselesaan kepada pengguna.
Kedai buah turut terdapat di kawasan rehat Temerloh yang sudah dinaik taraf
Pekerja-pekerja syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad, membuat kerja-kerja memasang gabion dan pagar di kilometer 150 arah Utara, Kuantan, Pahang, semalam.
Kakitangan Anih Berhad bersama sepanduk di hadapan tol Karak menandakan bermulanya sistem kutipan tol elektronik (ETC) di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) hari ini.