Hari pertama pelancaran Sistem ETC di Lebuhraya KLKarak lancar
Date: Wednesday, 09 September 2015
Category: Publication - Borneo Post
Category: Publication - Borneo Post
BANTU: Seorang pekerja Jambatan Pulau Pinang membantu penunggang motosikal menggunakan kad Touchn Go apabila sistem Transaksi Tol Tanpa Tunai yang menggunakan sistem elektronik mula dilaksanakan semalam. Gambar Bernama
KUALA LUMPUR : Pelaksanaan Sistem Koleksi Tol Elektronik (ETC) pada hari pertama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam berjalan lancar tanpa kesesakan trafik. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid, kejayaan sistem tanpa tunai untuk transaksi tol itu mampu dicapai berdasarkan kerjasama daripada pengguna lebuh raya berkenaan.
Hari ini (semalam) kita telah menyaksikan pelaksanaan 100 peratus ETC cashless lane di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Gombak dan juga Bentong mulai jam 12 tengah hari semalam. Ia akan menggalakkan laluan yang mudah buat pengguna jalan raya tanpa perlu berhenti dan membuat bayaran secara tunai.
Tiada gangguan kese-sakan pada hari ini, ia terbukti dengan keadaan jalan yang lancar dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pengguna jalan, katanya kepada pemberita selepas acara Flag Off ETC Implementation di sini. ANIH Berhad merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur.
Plaza tol lain yang turut melaksanakan sistem ETC menggunakan kad PLUSMiles, Touchn Go atau SmartTAG mulai semalam ialah Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (PLUS); Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Plaza Tol Kubang Semang (BKE) dan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Selain itu, Plaza Tol Datuk Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE; Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART.
Azmil menambah pihak-nya telah menyediakan Portable ETC reader yang akan digunakan sekiranya berlaku masalah dengan sistem ETC. Buat masa ini, Lebuhraya KL-Karak dari Gombak ke Bentong mempunyai lebih 100,000 pengguna sehari. Bernama
--- Back to News Listing ---